Thursday, April 19, 2007

Hauzah ilmiah: Sunni dan Syiah

Perkembangan hauzah-hauzah ilmiah bermula sejak awal zaman Islam lagi, iaitu ketika Rasulullah sallahua’laihi wa sallam, menghimpunkan sahabat baginda di Darul Arqam untuk mengajar kepada mereka tentang al-kitab dan hikmah. Kemudian majlis seumpama ini dipindahkan ke masjid, berkembangan suasana sekitar dan zaman selepasnya telah mengubah corak hauzah sedikit demi sedikit, setiap hauzah yang wujud mempunyai cara dan bentuknya tersendiri, ada yang dipanggil ribat atau pondok jika di nusantara kita.

Jolokan hauzah ilmiah diberikan bagi sebuah pusat ilmiah yang mengkhususkan kajian-kajian islam bagi mengkaji sudut pandang Islam dalam setiap bidang kehidupan mencakupi politik, ekonomi, pemikiran, sosial, kebudayaan dan lain-lain.

Hauzah Ilmiah adalah sebuah ekspresi “ibarat kata” yang sudah dikenali dikalangan ahli pusat kajian agama samaada oleh tokoh-tokoh Syiah di Kom dan Najaf, atau oleh ulama-ulama sunni kita di al-Azhar. Sejarah telah mencatatkan pusat-pusat pengajian besar yang dipimpin dengan gabungan ribuan ulama dan pendidik telah mengasuh dan membentuk pelajar-pelajar agama dari serata dunia, apabila kembali kenegara masing-masing mereka ini menjadi pendakwah yang menyebarkan pemahaman Islam dan ilmunya.

Pembentukan hauzah dan peranannya

Pembentukan hauzah ilmiah dan elemen asasnya ditentukan oleh dua faktor, pertamanya faktor kemanusian yang merangkumi kewujudan faqih, mujtahid, ulama dan pelajar, yang keduanya pula faktor sistem pengajian. Terbangunnya hauzah ilmiah pula adalah dengan beberapa peranan, bermula sebagai pusat pengajian ilmu-ilmu syariat sehingga kepada perkembangan medan kehidupan umum, umpama bidang politik, pemikiran dan sosial, namun hauzah hanya lebih dikenali berperanan sebagai pusat pengkajian dan penyampaian hukum.

Pembentukan garis-garis ijtihad yang diambil peranan oleh hauzah ilmiah adalah peranan terbesar dari peranan-peranan hauzah ini, ini berlaku dengan pengambilan manhaj, bersama eleman hauzah kemanusian bagi membentuk seorang insan mujtahid dalam ilmu Syariat, ketikamana sudah mencapai peringkat ijtihad yang positif (matang), segala masaalah autoriti (kelayakan) mengistinbat hukum syariat dapat diatasi dan seterusnya menyampaikan kepada umum.

Dan bagi yang tidak mampu mencapai peringkat mujtahid dalam hauzah ilmiah, mereka mempunyai tanggungjawab yang tidak kurang pentingnya daripada usaha mereka untuk mencapai peringkat ijtihad, peranan mereka adalah peranan menyampaikan melalui perantaraan nadwah dan pengajian atau menulis kitab dan menyebarkannya, semua ini dan seumpamanya adalah garis-garis penyampaian yang diambil oleh hauzah, mereka telah melaksanakan ini dalam tempoh waktu yang panjang dari sejarah hauzah samaada dipihak sunni atau syiah.

Hauzah antara Sunni dan Syiah

Kelahiran hauzah-hauzah Syiah seringkali dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang diadakan sekitar maqam imam-imam mereka, mereka telah membangunkan hauzah disekitar maqam dengan beberapa sebab berbeza yang mendorong kearah itu. antara sebab utama ialah kewujudan penziarah yang berulang-alik, diantara faktor penting yang menyokong kewujudan dan penerusan hauzah mereka dizaman moden ini adalah faktor penyumbang kewangan, pelajar-pelajar dan guru-guru mereka menerima keperluan hidup yang mencukupi bagi membantu mereka untuk terus menumpukan kepada proses menuntut ilmu.

Diantara hauzah-hauzah ilmiah syiah yang paling masyhur adalah hauzah ilmiah yang berpusat dinajaf Iraq yang dibangunkan berhampiran maqam saidina Ali bin Abi Talib Radhiallahu anhu. kemudian hauzah ilmiah di Karbala, Samara juga di bandar Qom di Iran

Jika Syiah membangunkan hauzah-hauzah mereka, sunni juga memiliki hauzah-hauzah tersendiri, satu ketika dahulu kelahiran hauzah-hauzah ilmiah sunni banyak terdapat dimadinah berhampiran maqam penghulu kita nabi Muhammad sallalahu alaihi wasallam, terdapat juga hauzah seumpama ini di al-Azhar yang berhampiran dengan masjid saidina Hussein dan maqam saiydah Zainab yang masih terus bergerak sehingga kini, hauzah seumpamanya juga pernah disaksikan kewujudannya di Tasykan berhampiran maqam imam Bukhari.

Hauzah dalam penyebaran islam dan bahasa

Kepentingan bagi kewujudan hauzah timbul dalam tubuh ummah ini bermula jauh kedasar sejarah yang dikaitkan dengan perjalanan hauzah ilmiah sejak terpancarnya mentari risalah sehingga ke hari ini, dalam ruang geografi luas yang bertebaran dipermukaannya dengan hauzah-hauzah ilmiah telah menerangi sekitarnya dan menghilangkan gelap kelam kejahilan yang menyeliputinya. semua kesan peninggalan ini hanyalah dengan keberkatan yang dihasilkan oleh hauzah ilmiah dari ribuan ulama, fuqaha dan mujtahid, lebih-lebih lagi dengan sumbangan oleh pendakwah dalam sekala besar yang melalui periode-periode sejarah yang panjang dalam ruang yang luas dari bumi umat Islam bagi menyebarkan pengetahuan dan ilmu agama.

Hauzah ilmiah juga tidak ketinggalan dalam menyumbang penyebaran bahasa Arab dan mengarabkan bahasa umat Islam yang belajar di hauzah-hauzah tersebut dari bangsa cina, Turkey, Uzbek, Melayu dan lain-lain, sehingga apabila pelajar bukan Arab ini kembali ketanah air mereka lalu dikenali sebagai ahli nahu, sorof dan balaghah disamping sebagai seorang tokoh agama, tidak mampu disembunyikan lagi bahawa kepentingan hauzah ini adalah menyebarkan bahasa arab dan ilmu al-Quran, jika kita melihat setelah kembalinya mereka kenegara masing-masing, mereka akan merasakan keseronokan yang tidak sedikit setelah mereka memahami bahasa Arab, memahami buku-buku sejarah Islam dan Arab untuk disampaikan kepada anak bangsa.

Seumpama hauzah-hauzah ilmiah yang mempertahankan keaslian bahasa Arab dalam negara Arab, usaha ini telah dilaksanakan di Universiti al-Azhar bagi menangkis percampuran bahasa pasar dan Inggeris, Universiti al-zaituniah menjaga dari serangan bahasa Barbar, Francis dan Itali. Jika kita meletakkan setiap realiti ini disudut mata kita, kita akan memahami kepentingan hauzah ilmiah bagi mengankat martabat pemikiran, ilmu dan tamadun umat pada zaman kejahilan, kita juga akan mengetahui sejauh mana peranan bertindak yang dimainkan oleh hauzah ini bagin memelihara turas ilmu umat Islam.

Kita tidak melupakan kedapatan hauzah ilmiah di Fes, Qairawan, Zaituniah dan al-Azhar yang bangun dengan sebesar-besar peranan pemikiran dan ilmu bagi membentuk semangat umat untuk melawan kewujudan penjajah, memelihara bahasa Arab dan perkembangan ilmu syariat di negara-negara tersebut.

No comments: